Home Nasional Malaysia perkukuh peranan serantau melalui misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar
Nasional

Malaysia perkukuh peranan serantau melalui misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar

Malaysia perkukuh peranan serantau melalui misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April – Penghantaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Myanmar bagi misi bantuan kemanusiaan mencerminkan kepimpinan proaktif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata usaha tersebut memperlihatkan komitmen negara dalam mendokong Deklarasi ASEAN mengenai Pengurusan Bencana yang dikenali sebagai \”Satu ASEAN, Satu Tindak Balas\”.

“Saya rasa ini amat penting kerana ia menyuburkan hubungan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa dalam penghantaran misi-misi bantuan seumpama ini,” katanya ketika ditemu bual menerusi Google Meet dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Menurut beliau, Pasukan SMART NADMA memiliki kepakaran tinggi dalam operasi mencari dan menyelamat serta telah diperakui oleh International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Malaysia merupakan antara negara ASEAN yang memiliki kelayakan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Abdul Gapar turut memaklumkan bantuan kemanusiaan tersebut telah dikoordinasikan melalui Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ASEAN (AHA Centre) yang berperanan menyelaras bantuan di peringkat rantau.

Di peringkat global pula, Malaysia turut bekerjasama dengan PBB melalui Pusat Organisasi Bantuan Kemanusiaan badan dunia itu bagi memastikan bantuan yang disalurkan menepati piawaian antarabangsa serta memenuhi keperluan masyarakat yang terjejas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....