Home Nasional Malaysia-New Zealand sepakat tingkat hubungan strategik
Nasional

Malaysia-New Zealand sepakat tingkat hubungan strategik

Malaysia-New Zealand sepakat tingkat hubungan strategik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon di Dataran Perdana hari ini sempena lawatan tiga hari ke Malaysia/Foto Bernama

PUTRAJAYA, 2 September – Malaysia dan New Zealand sepakat bagi meningkatkan hubungan strategik ke arah perkongsian komprehensif statik dan berterusan yang memberi manfaat bersama-sama kepada kedua-dua negara termasuk ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk menambah kuota pertukaran pelajar Malaysia ke negara pengeluar tenusu terbaik dunia itu khususnya dalam bidang peralihan tenaga dan pengeluaran makanan.

\”Kita telah mendapat manfaat daripada pertukaran ini di New Zealand sebelum ini, tetapi juga daripada segi jumlah pelajar yang terlibat. Dan kita juga berharap agar lebih ramai pelajar dapat dihantar ke New Zealand.

\”Ini terutamanya pascasiswazah khususnya dalam bidang baharu yang memperlihatkan kepakaran masing-masing dalam bidang berkenaan termasuk peralihan tenaga dan tentunya dalam bidang teknologi makanan,\” kata Anwar.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam Sidang Media Bersama-sama Perdana Menteri New Zealand, di sini bersempena dengan lawatan rakan sejawatannya Christopher Luxon ke Malaysia.

Dalam pada itu Anwar turut menyifatkan kunjungan Luxon yang baru sahaja memegang portfolio Perdana Menteri New Zealand itu antara lain menunjukkan keprihatinannya terhadap isu-isu sejagat khususnya kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

\”Kami juga membincangkan perkara-perkara yang melangkaui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara iaitu untuk memberi kesalingfahaman mengenai beberapa isu terutamanya isu yang mempengaruhi rantau ini, seperti pertentangan kaum dan isu Rusia-Ukraine serta komitmen dan ruang keterlibatan dalam isu kekejaman di Gaza,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....