Home Nasional Malaysia, Mesir sepakat bantu pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia, Mesir sepakat bantu pembangunan semula Gaza

Malaysia, Mesir sepakat bantu pembangunan semula Gaza

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 14 Februari – Malaysia dan Mesir menegaskan pendirian bersama dalam membantu rakyat Palestin, termasuk memberikan bantuan kemanusiaan, perubatan serta menyokong usaha pembangunan semula Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini isu kemanusiaan di Gaza serta usaha pemulihannya.

\”Malaysia kekal komited untuk membantu rakyat Palestin, bukan sahaja dari segi bantuan kemanusiaan dan perubatan, tetapi juga dalam perjuangan menuntut keadilan buat Palestin,\” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, beliau dan Presiden El-Sisi sependapat dalam menolak sebarang usaha untuk mengusir rakyat Palestin dari bumi Gaza, kerana langkah tersebut akan memberi kesan buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

\”Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Presiden El-Sisi dan Kerajaan Mesir atas bantuan serta kemudahan yang diberikan kepada Malaysia dalam usaha menyampaikan sumbangan dan perubatan kepada rakyat Palestin yang terkesan akibat serangan dan kekejaman genosid rejim Zionis Israel,\” tambah Anwar.

Presiden El-Sisi turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif Kerjasama Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), yang digerakkan oleh Jepun dan Malaysia bagi membangunkan semula Gaza.

Anwar menegaskan bahawa gerakan membantu Palestin akan lebih berkesan sekiranya lebih banyak negara menunjukkan solidariti dan turut serta dalam usaha tersebut.

Selain isu Gaza, kedua-dua pemimpin turut membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir dan komited untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....