Home Nasional Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Nasional

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza

Penduduk mengeliligi jenazah yang maut akibat serangan Israel/ Reuters

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnyaserangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza, yang mengakibatkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, termasuk wanita, kanak-kanak, serta kakitangan perubatan dan media.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan sengaja menyasarkan hospital, termasuk serangan terbaru yang kejam ke atas Hospital Kamal Adwan di mana pesakit dan kakitangan perubatan dipaksa keluar, menerima layanan tidak berperikemanusiaan

\”…dan memusnahkan infrastruktur penting, jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsaserta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

\”Serangan udara tanpa henti, pemindahan secara paksa dan penyasaran sistematik terhadap kawasan kediaman serta zon yang diiktiraf selamat merupakan tindakan genosid dan jenayah perang yang nyata.

\”Taktik menghalang yang digunakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah merencatkan kemajuan dalam rundingan gencatan senjata, memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin, dan menggagalkan usaha diplomatik penting untuk mencapai gencatan senjata segera dan kekal,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu kementerian berkenaan turut menyeru masyarakat antarabangsa mesti memikul tanggungjawab kolektif untuk menghentikan kekejaman dan kemusnahan yang berlaku di Gaza.

Pada masa sama melindungi nyawa orang tidak bersalah, serta memastikan Israel bertanggungjawab atas genosid dan jenayah perang diadili.

\”Keamanan, keadilan dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa mesti ditegakkan.

\”Dalam hal ini, perbuatan genosid dan pendudukan haram di Wilayah Palestin yang Diduduki mesti dihentikan dan sebuah negara Palestin yang merdeka serta berdaulat diwujudkan, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.

\”Palestin berhak mendapatkan tempatnya yang sah sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands
Nasional

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue...

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan
Nasional

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan

Konvoi kenderaan yang membawa Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi...

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air
Nasional

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Foto BERNAMAIPOH, 5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan...

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM
Nasional

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Januari- Filem animasi terbaharu terbitan syarikat...