Home Nasional Malaysia gesa UNSC hadkan kuasa veto dalam konflik di Palestin
Nasional

Malaysia gesa UNSC hadkan kuasa veto dalam konflik di Palestin

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

NEW YORK, 26 September- Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mengehadkan kuasa veto yang tidak terkawal khususnya dalam konflik di Palestin dan Lubnan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kuasa veto tidak sepatutnya digunakan untuk menghalang resolusi yang bertujuan menegakkan undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam yang tidak bersalah.

Jelas beliau, UNSC juga seolah-olah melupakan kewujudan piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

\”Di mana-mana sahaja, soalan yang sama bergema: Adakah PBB terlalu rosak untuk diperbaiki?. Jawapannya adalah \’Tidak\’, kerana memang ada cara, dan hanya satu cara, untuk memperbaiki PBB. Kuasa veto MESTI dihadkan. Ini yang perlu dilakukan. Bukan sahaja untuk menyelamatkan rakyat Gaza, tetapi juga untuk menyelamatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dunia sedang memerhati ketika Majlis Keselamatan bergelut untuk membebaskan diri dari kebuntuan, di mana satu suara boleh menggulingkan majoriti, mengabaikan prinsip-prinsip dalam Piagam PBB, dan menyokong pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan\” katanya.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian dalam debat Majlis Keselamatan PBB bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New york.

Beliau juga menggesa agar UNSC menyokong penuh resolusi untuk menamatkan pendudukan Israel di Palestin.

Resolusi itu sebagai langkah penting ke arah menegakkan keadilan untuk Palestin.

Minggu lalu, Perhimpunan Agung PBB secara majoriti meluluskan resolusi yang menggesa penamatan pendudukan tidak sah Israel dalam tempoh 12 bulan.

Resolusi dipelopori oleh Palestin itu diluluskan dengan sokongan majoriti besar dengan 124 negara anggota mengundi menyokong manakala 14 menentang dan 43 berkecuali.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....