Home Nasional LLM anjur Mini Karnival Santuni MADANI di Kuala Pilah
Nasional

LLM anjur Mini Karnival Santuni MADANI di Kuala Pilah

LLM anjur Mini Karnival Santuni MADANI di Kuala Pilah

Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Sazali Harun

KUALA PILAH, 14 Februari – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Sukan dan Sosial (BKSS) LLM telah menganjurkan Mini Karnival Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI).

Bertempat di Masjid Kariah Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, program itu merupakan komitmen LLM dalam menyahut cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelami masalah dihadapi rakyat selain untuk menggerakkan program-program pembangunan nilai MADANI.

Kampung Terusan Seberang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah terpilih dan diluluskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri melalui Kementerian Kerja Raya sebagai kampung untuk disantuni bawah kelolaan Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Sazali Harun.

Beberapa keperluan infrastruktur dan pendidikan telah dilaksanakan bagi memenuhi keperluan penduduk kampung tersebut seperti pembelian van jenazah, pemasangan lampu solar, sumbangan komputer dan penghawa dingin yang telah disumbangkan bersama-sama rakan strategik industri lebuh raya.

\”Pelaksanaannya dipermudahkan, kebetulan pada ketika itu pihak LLM ada banyak komputer. Komputer-komputer yang telah mencapai, boleh dilupuskan. Tetapi komputer-komputer ini memang bagus lagi. Pada asalnya kita ingat nak jualkan kepada kakitangan, tapi bila kita memikirkan ada pihak yang lain yang lebih memerlukan.

\”Apabila kita tengok komputer ini elok lagi, Kalau setakat macam tadika, budak-budak sekolah, mahukan pendedahan itu tiada masalah. Sebab itu kita dapat menyumbangkan yang kita nak lupuskan itu,\” kata Sazali .

Mini Karnival tersebut turut disertai rakan strategik lebuh raya terutamanya dalam penglibatan aktiviti gotong royong dan pembersihan yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial Korporat (CSR) LLM.

Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail bin Hj. Lasim bagi melancarkan Tabung Dana Awam Pembinaan Bilik Pengurusan Jenazah Kg.Terusan Seberang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....