KUALA LUMPUR, 24 Januari– Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan keselamatan makanan khususnya limau Mandarin yang menjadi tumpuan utama sempena perayaan Tahun Baharu Cina, adalah terjamin untuk pengguna.
Menurut kenyataan KKM, pemantauan khas melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah dijalankan di 70 pintu masuk negara sejak November 2024.
\”Langkah ini bertujuan memastikan limau Mandarin yang diimport mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985) di bawah Akta Makanan 1983.
Hasil analisis terhadap 243 sampel mendapati sembilan sampel (3.7 peratus) gagal mematuhi kadar maksimum residu racun perosak yang ditetapkan,\” kata kenyataan itu.
KKM menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang mengenai keselamatan limau Mandarin yang diimport.
Operasi khas Ops Tahun Baru Cina turut dijalankan dari 19 Januari hingga 1 Februari 2025 bagi memastikan makanan di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983.