Home Nasional Lima syarikat terbabit kartel kena penalti RM415.5 juta
Nasional

Lima syarikat terbabit kartel kena penalti RM415.5 juta

Lima syarikat terbabit kartel kena penalti RM415.5 juta

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Januari-Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya menumpaskan lima kes kartel pengeluar makanan ayam utama dengan jumlah penalti kewangan sebanyak RM415.5 juta tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan menjelaskan sejumlah RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.

\”Dalam masa yang sama, MyCC telah mengeluarkan tiga keputusan cadangan terhadap 92 syarikat lain dan satu keputusan akhir terhadap tujuh syarikat berdasarkan bukti-bukti keterlibatan dalam kartel tipuan bida.

\”Sehingga kini juga, MyCC terus giat menyiasat lebih 500 syarikat yang disyaki terlibat dalam kartel tipuan bida berkaitan tender-tender kerajaan bernilai RM2.3 billion\”, jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Armizan turut menegaskan MyCC turut dalam proses cadangan untuk melaksanakan pindaan kepada Akta Persaingan 2010.

Antara cadangan pindaan termasuklah mengenakan penalti yang lebih berat serta pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat selain memperkenalkan rejim kawalan penggabungan yang bertujuan mengelak pembentukan awal kartel dan monopoli baharu.

Sementara itu, Armizan berkata dalam usaha memperkasa gerak kerja MyCC untuk memecahkan tembok penguasaan kartel, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM27 juta kepada suruhanjaya itu dalam Belanjawan 2025, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah badan bebas yang ditubuhkan pada tahun 2011.

Beliau berkata kementerian berkenaan melalui MyCC juga mengadakan Simposium Undang-Undang Persaingan bertajuk Behind Closed Doors: The Hidden Drivers of Market Distortion hari ini bagi memperkasakan MyCC.

Simposium itu bertujuan mendalami isu-isu kritikal terkait persaingan seperti tipuan bida dalam perolehan awam, kenaikan harga makanan, rejim kawalan penggabungan dan dominasi pemain-pemain ekonomi digital.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...