Home Nasional Lima sekeluarga parah selepas pulang membeli-belah keperluan hari raya
Nasional

Lima sekeluarga parah selepas pulang membeli-belah keperluan hari raya

Lima sekeluarga parah selepas pulang membeli-belah keperluan hari raya

Keadaan kenderaan yang dipandu setelah jatuh ke tebing Jalan Sultan Azlan Shah, George Town

GEORGE TOWN, 30 Mac- Lima sekeluarga cedera parah terlibat dalam kemalangandi Jalan Sultan Azlan Shah, di sini selepas pulang membeli-belah barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak berkata, empat daripada lima mangsa berjaya dikeluarkan orang awam, manakala seorang lagi tersepit di dalam kenderaan.

Mangsa yang tersepit mengalami kecederaan pada bahagian kaki berjaya dikeluarkan oleh penyelamat kira-kira pukul 11.04 malam tadi.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.20 malam sebelum jentera keluar ke tempat kejadian 12 minit kemudian.

\”Difahamkan mangsa baru balik membeli-belah untuk Aidilfitri. Semasa mangsa berada di Jalan Sultan Azlan Shah, mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di tebing bahu jalan. Kami difahamkan terdapat lima orang mangsa.

\”Mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang termasuk seorang kanak-kanak berumur dua tahun. Keadaan mangsa cedera parah dan terdapat luka pada bahagian kepala termasuk kanak-kanak tersebut,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan operasi menyelamat di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pukul 11.13 malam dengan seramai 10 anggota terlibat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....