Home Nasional Lesen perkhidmatan media sosial, langkah penting lindungi keselamatan kanak-kanak
Nasional

Lesen perkhidmatan media sosial, langkah penting lindungi keselamatan kanak-kanak

Lesen perkhidmatan media sosial, langkah penting lindungi keselamatan kanak-kanak

Usaha kerajaan mengenakan lesen kepada penyedia perkhidmatan media sosial penting bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di bawah umur / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menyokong usaha kerajaan mengenakan lesen kepada penyedia perkhidmatan media sosial yang mempunyai lapan juta pengguna berdaftar.

Jelas Syahredzan, pelesenan merupakan langkah penting dan teguh bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di bawah umur.

\”Ia juga merupakan langkah teguh untuk mengesan kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI) selain perlunya tapisan semua kandungan yang diterbitkan oleh pengguna, serta prosedur aduan yang jelas kepada pengguna,\”katanya menerusi hantaran di laman X.

Syahredzan turut mengingatkan, pada tahun 2000 banyak penyedia kandungan telah dikecualikan daripada dikenakan lesen di Malaysia.

Justeru, langkah mengenakan lesen bakal menjadikan penyedia perkhidmatan media sosial lebih bertanggungjawab.

Malah di sesetengah negara lesen dikenakan dengan syarat yang sangat ketat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....