Home Nasional Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan
Nasional

Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan

Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan

Foto RTM

LABUAN, 24 Mac- Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, insiden melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 30 kali 20 kaki persegi yang musnah terbakar dalam insiden itu.

\”Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 2.20 pagi. Seramai 21 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi sekitar lapan minit kemudian.

\”Setiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri berada di luar rumah yang terbakar.

\”Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Labuan. Operasi berjaya dikawal sekitar pukul 3.00 pagi,\” menurut kenyataan tersebut.

Menurut saksi, beliau terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....