Home Nasional Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1 Sabah siap suku pertama 2026
Nasional

Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1 Sabah siap suku pertama 2026

Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1 Sabah siap suku pertama 2026

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 31 Julai– Lebuhaya Pan Borneo Fasa 1 Sabah dijangka siap keseluruhan pada suku pertama tahun 2026

Kini, status fizikal semasa bagi lebuh raya berkenaan mencapai 76 peratus pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan beberapa faktor diambil kira dalam tempoh pembinaan, antaranya kesesuaian bentuk muka bumi serta sistem perparitan dan saliran.

\”Selain itu, kaedah flood simulation digunakan di kawasan berisiko tinggi dan hasil mendapati bahawa pembinaan Pan Borneo Sabah ini tidak memberi kesan yang signifikan kepada kawasan-kawasan yang terbabit dari segi banjir.

\”Sistem perparitan ini juga mematuhi spesifikasi dan kriteria yang diperlukan berdasarkan penelitian bersama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah di peringkat awal reka bentuk yang dimuktamadkan melalui makmal pengurusan nilai\”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Tan Sri Panglima Arnifah Aman di Parlimen.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....