Home Nasional Lebih 9,000 syarikat peroleh sijil halal daripada JAKIM
Nasional

Lebih 9,000 syarikat peroleh sijil halal daripada JAKIM

Lebih 9,000 syarikat peroleh sijil halal daripada JAKIM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Sebanyak 9,146 buah syarikat telah mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hingga Julai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu 8,105 adalah syarikat Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Pecahan itu melibatkan 3,616 syarikat milik Bumiputera, 5,270 syarikat bukan Bumiputera dan 1,041 syarikat merupakan syarikat multinasional (MNC).

\”Halal Development Corporation (HDC)telah menjalankan pelbagai usaha antaranya program pembangunan melibatkan syarikat tempatan.
Melalui program tersebut syarikat bumiputera akan diberi peluang untuk menceburi sektor halal yang berpotensi tinggi.

\”…bagi memperkukuh rantaian bekalan serta mengadpatsi teknologi digital dan pengkomersialan produk inovasi, contohnya Malaysia Global Halal Show 2024 yang menawarkan khidmat bimbingan syarikat untuk menembusi pasaran antarabangsa telah dijalankan,\” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan berkenaan pelan tindakan kerajaan untuk memperkasakan industri halal khususnya kepada PMKS, syarikat Bumiputera, syarikat luar bandar dan usahawan muda.

Ahmad Zahid memaklumkan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) turut menggariskan satu teras strategik memfokuskan kepada peningkatan daya saing syarikat bumiputera.

Dalam sidang sama, dewan turut dimaklumkan berkenaan Majlis Halal Malaysia (MHM) bersama-sama pihak kerajaan negeri sedang mengkoordinasikan tanah terbiar untuk dijadikan tanaman ramuan produk berkaitancadangan perubatan halal.

\”Saya fikir untuk pergi ke antarabangsa kita harus mengusahakan agar banyak aspek lain dilakukan seperti vaksin umpamanya yang sangat memerlukan vaksin halal dan yang paling penting penyediaan kepada bahan ramuan produk-produk yang berkaitan halal di peringkat antarabangsa.

\”Serai umpamanya atau lengkuas atau bahan bahan herba sangat di perlukan di peringakt antarbagsa untuk pengeluaran kosmetik atau bahan-bahan lain,\” katanya yang menjawab soalan tambahan daripada Adnan Abu Hassan.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...