Home Nasional Lebih 4,000 petugas bersih kawasan kebakaran paip gas
Nasional

Lebih 4,000 petugas bersih kawasan kebakaran paip gas

Lebih 4,000 petugas bersih kawasan kebakaran paip gas

FOTO JAPEN

SUBANG JAYA, 12 April- Lebih 4,000 petugas termasuk sukarelawan dan anggota pelbagai agensi digerakkan dalam Operasi Mega Pembersihan di lokasi terjejas susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini.

Operasi selama dua hari itu melibatkan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan dan institusi serta tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan di 12 zon merangkumi empat sektor utama.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pembersihan berskala besar itu dijangka menyelesaikan isu kebersihan awam dan membantu penduduk yang mula kembali ke kediaman masing-masing sejak pertengahan minggu ini.

\”Saya berharap operasi dua hari ini mampu menyelesaikan isu-isu pembersihan di kawasan awam dan membantu meringankan beban pemilik rumah… minggu depan kita boleh menumpukan kepada dua perkara iaitu sewaan serta baik pulih,\” katanya.

Setakat ini, sebanyak 307 kediaman telah dibenarkan untuk diduduki semula dan pihak berkuasa menjangkakan jumlah itu akan meningkat selepas proses pembersihan selesai sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Wan Azlan Wan Mamat dalam taklimat kepada sukarelawan mengingatkan semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan sepanjang operasi.

Kerja-kerja pembersihan bermula seawal pukul 9.00 pagi tadi dan jentera pembersihan mula beredar dari lokasi sekitar 3.30 petang.

Operasi akan disambung esok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....