Home Nasional Lebih 2,393 hektar kawasan lapang diwarta sebagai kawasan hijau – Zaliha
Nasional

Lebih 2,393 hektar kawasan lapang diwarta sebagai kawasan hijau – Zaliha

Lebih 2,393 hektar kawasan lapang diwarta sebagai kawasan hijau – Zaliha

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Julai– Lebih 2,393 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan sebagai kawasan hijau, setakat ini.

Daripada jumlah itu, banyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan manakala lebih 1,416 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.

\”Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Rekreasi Bukit Kerinchi, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Pudu Ulu dan Taman Tasik Titiwangsa juga merupakan kawasan lapang dan rekreasi di Kuala Lumpur yang diwartakan bagi kegunaan orang ramai,\” kata Zaliha di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Batu, P. Prabakaran mengenai perkembangan taman awam dan hutan simpan di Kuala Lumpur.

Seluas 68.26 hektar kawasan hijau di ibu negara telah diwartakan sebagai hutan simpan.

Ia melibatkan Hutan Simpan Bukit Nanas, Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh, Hutan Simpan Bukit Sungai Besi dan Hutan Simpan Bukit Lagong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....