Home Nasional Lebih 140,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena Aidilfitri
Nasional

Lebih 140,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena Aidilfitri

Lebih 140,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena Aidilfitri

Aliran trafik di WCE dari Changkat Jering menghala ke utara sesak susulan cuti sekolah tahun lalu/ BERNAMA

KUALA SELANGOR, 24 Mac– Lebih 140,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sehari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Libat Urus WCE, Syed Mohammed Idid, berkata peningkatan ini didorong oleh penyiapan beberapa bahagian lebuh raya yang telah meningkatkan kesalinghubungan secara ketara.

Beliau berkata, laluan dari Taiping Selatan ke Banting dijangka menjadi yang paling sibuk.

\”Anggaran ini konsisten dengan corak perayaan sebelumnya seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas yang secara lazimnya mencatatkan purata trafik harian (ADT) antara 130,000 hingga 150,000 kenderaan.

\”Pada peringkat awal, selepas penyiapan Seksyen, 5, 8, 9 dan 10 pada tahun 2019, ADT adalah sekitar 60,000 kenderaan. Selepas pembukaan persimpangan Assam Jawa (Seksyen 6), pada 20 November 2023, ADT meningkat kepada 70,000 kenderaan.

\”Momentum ini diteruskan dengan pembukaan Seksyen Taiping Selatan (Seksyen 11) pada malam Ramadan, 12 Mac 2024 yang melengkapkan keseluruhan jajaran negeri Perak dan seterusnya meningkatkan ADT melebihi 80,000.

\”Tambahan pula, dengan pembukaan Seksyen Selangor 1 Banting dan Seksyen 2 Kesas baru-baru ini, ADT telah mencapai sekitar 90,000\”, katanya menerusi kenyataan.

WCE juga akan meningkatkan pemantauan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

Sementara itu, Seksyen Tanjung Karang dijangka siap pada 2026, bagi membantu mengurangkan kesesakan dan merangsang ekonomi tempatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....