Home Nasional Lebih 1,200 mangsa telah berdaftar dengan JKM
Nasional

Lebih 1,200 mangsa telah berdaftar dengan JKM

Lebih 1,200 mangsa telah berdaftar dengan JKM

Datuk Seri Amirudin Shari/ BERNAMA

SHAH ALAM, 3 April- Seramai 1,254 mangsa daripada 308 keluarga dikenal pasti dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, dua mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masing-masing di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang akibat terhidu asap.

\”Sementara 630 orang lagi ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Putra Heights manakala baki 624 mangsa lagi tidak berada di PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara atau rakan-rakan terdekat.

\”Kerosakan dilaporkan kritikal dengan 87 rumah mengalami kemusnahan sepenuhnya dan tidak boleh didiami, manakala 148 lagi memerlukan pembaikan segera,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri menjanjikan tindakan pantas, termasuk bantuan utiliti bagi 85 rumah di Taman Harmoni yang dibenarkan pulang malam ini.

Bagi mangsa di Kampung Kuala Sungai Baru, penyelesaian jangka panjang sedang dirangka dengan tawaran bantuan daripada syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu beliau menasihatkan mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan di PPS supaya tidak menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat meletakkan barangan.

Perkara itu dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya longgokan melampau di PPS.

\”Kita juga bermula hari ini akan mengenakan langkah kawalan terhadap beberapa lokaliti terutamanya di PPS kerana kita dapati terdapat kesesakan yang agak melampau dalam kalangan pelawat.

\”Pihak JKM akan melakukan kawalan tersebut dengan menyediakan tempat pertemuan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan privasi kepada mangsa, tempat itu akan dihadkan kepada individu tertentu saja untuk melawat dan sebagainya,\” katanya lagi.

Sementara itu menurut Amirudin pihaknya juga akan mengadakan sidang media harian secara berselang-seli antara beliau dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bagi menjawab isu berkaitan dasar, teknikal dan jenayah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....