Home Nasional Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari sektor awam dan swasta dijangka memeriahkan sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Majlis tahunan yang disambut setiap 1 Mei menghimpunkan wakil kesatuan, badan berkanun, sektor awam dan swasta itu menjadi wadah penghargaan terhadap sumbangan para pekerja dalam mendukung pembangunan negara selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Bertemakan \’Pekerja Kesuma Bangsa\’, sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan penting pekerja sebagai tulang belakang negara serta pelaksana utama aspirasi kemampanan, keadilan dan kesejahteraan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri akan menyampaikan amanat khas, selain dijadual melancarkan inisiatif Kad Pekerja MADANI dan Aplikasi Telefon Pintar MyFutureJobs.

Anwar juga akan menyempurnakan penyampaian Anugerah Hari Pekerja bagi meraikan kecemerlangan pekerja, majikan, kesatuan serta pihak media termasuk dua kategori baharu yang diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia iaitu Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Pengurusan Atasan) dan Anugerah Media Terbaik (Agensi).

Sempena sambutan itu, pelbagai program turut diadakan antaranya sesi ceramah ringkas, Larian Hari Pekerja, khutbah Jumaat khas, Forum Perdana Ehwal Islam dan Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan yang berlangsung sejak Isnin lepas. -BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....