Home Nasional Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan lebih RM431 bilion
Nasional

Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan lebih RM431 bilion

Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan lebih RM431 bilion

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Hasil lawatan Perdana Menteri ke luar negara sejak 2023 hingga Mei lepas berjaya menjana nilai potensi pelaburan berjumlah RM431.18 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pada 2023 sebanyak RM353.6 berjaya dijana dan RM77.58 bilion dari Januari hingga Mei tahun ini.

Katanya, dari November 2022 hingga Mei 2024, Anwar terlibat dalam 31 lawatan rasmi dan lawatan kerja Anwar ke 19 negara.

Antaranya Arab Saudi, Australia, Brunei, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Indonesia dan Jepun.

Selain itu Jerman, Kazakhstan, Kemboja, Mesir, Laos, China, Singapura, Thailand, Turkiye, Uzbekistan, Vietnam dan Qatar.

\”Ini termasuklah menghadiri persidangan dan mesyuarat berjadual di peringkat antarabangsa yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin dunia,\” katanya menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkaitan perincian lawatan rasmi dan tidak rasmi Perdana Menteri ke luar negara bermula 2022 hingga kini.

Jawapan bertulis itu turut disiarkan di laman sesawang Parlimen serta meminta perincian jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia hasil setiap lawatan tersebut.

\”Misi serta tujuan lawatan rasmi dan lawatan kerja Perdana Menteri adalah bagi meyakinkan bakal pelabur untuk melabur di Malaysia.

\”Selain itu memperkukuh, mendalami, memperluas kerjasama dua hala serta memupuk persefahaman lebih jitu antara Malaysia dan negara berkenaan,\” jelasnya.

Tambahnya, tujuan lawatan juga bagi mengerat dan menyemarakkan hubungan diplomatik serta kerjasama dengan negara terlibat.

\”Sebagai contoh, hubungan diplomatik dan kerjasama erat Malaysia-China yang kini mencecah 50 tahun telah dizahirkan menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman serta persepakatan dalam pelbagai sektor ekonomi yang akan memberi kesan serta impak positif terhadap pembangunan ekonomi negara,\” katanya.

Ujarnya, ini sekali gus memposisikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan prinsip ekonomi yang telus dan terbuka.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...