Home Nasional Lawatan PM Anwar peluang untuk tingkatkan hubungan India-Malaysia
Nasional

Lawatan PM Anwar peluang untuk tingkatkan hubungan India-Malaysia

Lawatan PM Anwar peluang untuk tingkatkan hubungan India-Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

NEW DELHI, 16 Ogos– Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India minggu depan memberikan peluang kepada negara ini untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia, kata Kementerian Luar India pada Jumaat.

India berharap untuk membawa kerjasama dengan Malaysia ke \”tahap yang lebih tinggi,\” kata jurucakap kementerian Randhir Jaiswal dalam satu taklimat media.

\”Lawatan ini akan memberikan peluang untuk menilai semula dan memperkukuh hubungan kami merentasi pelbagai bidang,\” katanya.

Beliau mengingat kembali Anwar sebelum ini melawat India pada 2019 untuk menyertai satu persidangan di New Delhi dan bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa lawatan itu.

\”Kami amat menantikan lawatan Perdana Menteri Malaysia,\” kata Jaiswal.

Satu pengumuman rasmi akan dibuat pada Sabtu, katanya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....