Home Nasional Latihan simulasi krisis di Politeknik Ungku Omar tingkat kesiapsiagaan pelajar
Nasional

Latihan simulasi krisis di Politeknik Ungku Omar tingkat kesiapsiagaan pelajar

Latihan simulasi krisis di Politeknik Ungku Omar tingkat kesiapsiagaan pelajar

Datuk Dr. Mohd Zahari ditemui pada Majlis Iftar Perdana sempena Program Ihya Ramadan POLYCC di Kolej Komuniti Jelebu / RTM

JELEBU, 21 Mac- Latihan simulasi pengurusan krisis melibatkan insiden serangan pengganas, tembakan, dan tebusan pelajar di Politeknik Ungku Omar pada Isnin lalu bertujuan memastikan pelajar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail, berkata latihan yang dikendalikan oleh agensi keselamatan ini diadakan secara berkala dan memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar.

\”Latihan ini menyedarkan warga institusi pendidikan tinggi bahawa mereka perlu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Walaupun hanya simulasi, ia sangat baik dan praktikal. Kita juga bertuah kerana dipilih sebagai lokasi latihan oleh pihak berkuasa,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana sempena Program Ihya Ramadan POLYCC di Kolej Komuniti Jelebu.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan menilai semula program akademik yang ditawarkan bagi memastikan ia selaras dengan keperluan industri dan mendapat permintaan tinggi daripada pelajar.

\”Program yang tidak lagi relevan akan digantikan dengan kursus lebih terkini yang memenuhi keperluan industri semasa,\” tambahnya.

Selain itu, JPPKK juga merancang untuk meningkatkan pengambilan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti Program Asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sebagai usaha memperkasa tenaga kerja mahir di negara ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....