Home Nasional Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025, pupuk kebersamaan komuniti
Nasional

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025, pupuk kebersamaan komuniti

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025, pupuk kebersamaan komuniti

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 2 Februari– Seramai 8,100 peserta menyertai Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Jambatan Putra, Putrajaya, malam tadi.

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025, lebih daripada 60 program yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk orang ramai sertai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sepanjang bulan Februari.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, program seperti itu bukan hanya sekadar larian, tetapi juga simbol kesatuan, kecergasan dan semangat kebersamaan komuniti.

\”Acara 21 kilometer(km) dan 10km Half Marathon serta 5km Fun Run Larian Hari Wilayah Persekutuan ini menyasarkan penyertaan sebanyak 8,000 peserta.

Namun, telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan melebihi sasaran yang ditetapkan,\” kata Dr. Zaliha kepada pemberita.

Program tersebut merupakan kerjasama strategik bersama JomRun dan merupakan siri pertama larian sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.

Siri kedua larian berkenaan akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 9 Februari 2025 dan siri ketiga di Dataran Merdeka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Februari 2025.

Related Articles

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTMSEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor...

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'
Nasional

Lebih 200,000 pengunjung hadiri 'Penang Miao Hui'

Foto RTMGEORGETOWN. 2 Februari-Lebih 200,000 pengunjung menghadiri acara kebudayaan \’Penang Miao Hui\’...

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis
Nasional

Karnival Madani PDRM, erat hubungan bersama komuniti Perlis

Foto RTMMATA AYER, 2 Februari– Lebih 3,000 komuniti setempat memeriahkan Karnival Madani...

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak
Nasional

Majlis Belia Negeri Perlis salur sumbangan untuk pembangunan bola sepak

Foto RTMKUALA PERLIS, 2 Februari– Majlis Belia Negeri Perlis (MBNPs) menghulurkan sumbangan...