Home Nasional Lapan penerbangan disedia untuk 1,136 bakal jemaah haji Terengganu – TH
Nasional

Lapan penerbangan disedia untuk 1,136 bakal jemaah haji Terengganu – TH

Lapan penerbangan disedia untuk 1,136 bakal jemaah haji Terengganu – TH

Foto Fail

KUALA NERUS, 11 April– Lapan penerbangan disedia untuk membawa 1,136 bakal jemaah hajiTerengganu yang terpilih menunaikan rukun Islam ke-5 itu tahun ini.

142 bakal jemaah akan melapor diri di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA melalui penerbangan pertama 30 April depan.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari berkata, jumlah keseluruhan jemaah Terengganu adalah 2,005 orang.

Daripada jumlah tersebut, 847 adalah jemaah lelaki manakala selebihnya perempuan.

Sebahagian daripadanya akan berangkat ke tanah suci melalui penerbangan yang disedia di KLIA.

Sementara itu,semua bakal jemaah haji diingatkan mematuhi waktu lapor diri sebagaimana surat tawaran.

\”Kami di TH ingin menasihatkan supaya jemaah di Terengganu untuk mengikuti surat lapor diri.

Dari aspek kesihatan pula, untuk jaga kesihatan dan lakukan senaman sebagai persediaan di Tanah Suci yang panas, berdebu sekali gus boleh fokus menunaikan ibadah dengan baik,\” kata Ahmad kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perasmian Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri di Kuala Terengganu.

Lebih 1,500 bakal jemaah haji terengganu mengambil peluang melengkapkan ilmu sebelum berangkat ke Tanah Suci, dengan menghadiri kursus berkenaan.

Penganjurannya sebagai platform ulang kaji terakhir termasuk ibadah praktikal seperti Wukuf, Melontar di Jamrah, Tawaf dan Sa\’ie.

Berdasarkan rekod, 31,600 bakal haji seluruh negara akan menunaikan haji tahun ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....