Home Nasional Langkah interim kerajaan kekang kenaikan insurans perubatan
Nasional

Langkah interim kerajaan kekang kenaikan insurans perubatan

Langkah interim kerajaan kekang kenaikan insurans perubatan

Amir Hamzah Azizan/RTM

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan langkah interim bagi mengekang impak kenaikan premium insurans atau takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan langkah itu telah memberi sokongan sementara kepada pemegang polisi.

Amir Hamzah menjelaskan bahawa peningkatan berterusan inflasi kos perubatan merupakan punca utama kepada peningkatan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan kesihatan.

Beliau menambah, apabila tuntutan MHIT melebihi premium yang diterima secara berterusan, dana premium terkumpul tidak lagi mencukupi untuk membayar tuntutan oleh pemegang polisi.

\”Keadaan ini akan menyebabkan ITO (pengendali insurans dan takaful) tidak lagi dapat menawarkan produk yang menanggung kerugian secara berterusan, seterusnya menjejaskan pilihan yang ada kepada pengguna,\” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang ingin mengetahui penyelesaian kerajaan terhadap isu kenaikan premium insurans perubatan yang melonjak setinggi 70 peratus.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...