Home Nasional KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi utara
Nasional

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi utara

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi utara

Foto fail

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

KTMB menerusi kenyataan memaklumkan sejumlah 1,920 tiket bagi empat perkhidmatan akan dijual bermula 8 pagi esok melibatkan laluan KL Sentral hingga Padang Besar, Perlis dengan tambang sehala pada RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior.

“Perkhidmatan tren khas ini disediakan sebagai alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti. Ini memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan lancar berbanding jalan darat, yang lazimnya mengalami kesesakan tinggi pada musim perayaan.

“KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat, tetapi selesa, khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh,” menurut kenyataan itu.

Tren dari KL Sentral dijadualkan bertolak pukul 10.30 malam pada 27 Mac dan 3 April, serta tiba di Padang Besar pada 7.22 pagi seterusnya, manakala perjalanan pulang dari Padang Besar dijadualkan pukul 10.30 malam pada 28 Mac dan 4 April untuk tiba di KL Sentral pada 7.10 pagi.

KTMB memaklumkan bahawa tren itu juga akan berhenti di stesen-stesen utama seperti Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping di Perak, Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah serta Arau, Perlis.

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....