Home Nasional KPWKM gesa hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak
Nasional

KPWKM gesa hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak

KPWKM gesa hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri / BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 Mac- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menggesa agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 56 tahun yang didapati bersalah merakam dan memiliki bahan lucah anak tirinya.

Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap hukuman denda RM6,000 yang dikenakan ke atas lelaki tersebut selepas mengaku bersalah, dan berharap pihak berkaitan dapat merayu bagi mengenakan hukuman lebih tegas.

Menurut beliau, sebagai bapa tiri, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarganya, bukannya bertindak mengeksploitasi anak sendiri.

Lebih membimbangkan, kes berkenaan melibatkan seksual kanak-kanak, yang mana bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kita tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang bentuk eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Hukuman lebih tegas bukan sahaja memberikan keadilan kepada mangsa, tetapi juga menjadi pengajaran kepada masyarakat bahawa jenayah sebegini tidak akan diterima dalam apa jua keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa keadilan kepada kanak-kanak perlu menjadi keutamaan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....