Home Nasional KPM giat perluas akses pendidikan kepada orang asli
Nasional

KPM giat perluas akses pendidikan kepada orang asli

KPM giat perluas akses pendidikan kepada orang asli

Wong Kah Woh/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus giat memperluas akses pendidikan kepada masyarakat orang asli, khususnya di kawasan pedalaman

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata inisiatif itu membabitkan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).

Setakat tahun lalu,terdapat 28 buah sekolah K9 dan dua sekolah K11 yang beroperasi di seluruh negara.

\”Manakala tahun ini, usaha memperluas sistem pendidikan diteruskan dengan pembukaan lima lagi kelas baharu di sekolah K9, bertujuan memastikan kesinambungan pendidikan bagi kanak-kanak orang asli selepas mengikuti program prasekolah ke peringkat lebih tinggi.

\”Apa yang diberikan fokus oleh KPM adalah berkenaan dengan akses pendidikan prasekolah ini, seperti yang kami sebut tadi, kami memastikan daripada 98 buah sekolah orang asli yang kita ada di seluruh negara khasnya di Semenanjung, 71 telah dilengkapi akses pendidikan bagi prasekolah.

\”Ini merupakanfokus penting untuk kita sediakan akses terlebih dahulu, apabila kita menilai atau mengendalikan isu-isu seperti buta huruf atau mungkin kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti pembelajaran kanak-kanak orang asli atau kanak-kanak lain di sekolah harian,\” katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Senator, Manolan Mohamad di Dewan Negara di sini hari ini.

Sehingga 17 Februari lalu, seramai 1,482 orang kanak-kanak telah mendaftar prasekolah di 71 buah sekolah orang asli.

Secara keseluruhan,bagi tahun 2025, sebanyak RM105 juta telah diluluskan bagi peluasan kelas prasekolah dengan sasaran peluasan kelas prasekolah sebanyak 150 kelas.

Sehingga 17 Februari 2025, KPM telah berjaya membuat peluasan sebanyak 130 kelas prasekolah seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....