Home Nasional KPM alu-alukan pesara guru bahasa Inggeris sumbang kepakaran
Nasional

KPM alu-alukan pesara guru bahasa Inggeris sumbang kepakaran

KPM alu-alukan pesara guru bahasa Inggeris sumbang kepakaran

Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan pembabitkan guru pesara untuk kembali berkhidmat dalam usaha membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah terutama kawasan pedalaman.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, golongan pesara guru sememangnya sudah banyak membantu usaha KPM meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bahasa Inggeris antaranya menerusi Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).

\”Pogram HIP Mentor sudah pun dilaksanakan dengan pesara guru membantu menyediakan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah, melalui pelbagai pendekatan dan aktiviti lebih menarik.

\”Program ini membolehkan pesara guru dan pensyarah bahasa Inggeris menyokong dan membantu dalam persekitaran imersif di sekolah, selaras objektif memperkasa penguasaan bahasa Inggeris.

\”Jadi sebenarnya, tidak ada masalah untuk pesara-pesara guru bersama KPM dalam menyumbang kepakaran mereka,\” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kemungkinan pembabitan pesara guru menyediakan persekitaran bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kawasan pedalaman.

TambahFadhlina berkata, kerajaan juga tidak menolak sekiranya ada sukarelawan dari Singapura yang mahu membantu Malaysia bagi mencapai tujuan sama.

\”Kita memang mengalu-alukan jika sukarelawan (dari) Singapura atau pesara guru yang mahu turut serta (membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kawasan pedalaman).

Katanya, KPM akan mengenal pasti sukarelawan dengan kelayakan tertentu bagi menjamin kualiti PdP, selain inisiatif berkenaan pernah dilaksanakan KPM, membabitkan tenaga pengajar dari Australia, Amerika Syarikat dan Korea.

\”Skim ini bertujuan membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar, pinggir bandar dan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....