Home Nasional KPKM salur RM21.1 juta untuk elaun sara hidup nelayan Sabah pada tahun ini
Nasional

KPKM salur RM21.1 juta untuk elaun sara hidup nelayan Sabah pada tahun ini

KPKM salur RM21.1 juta untuk elaun sara hidup nelayan Sabah pada tahun ini

Foto BERNAMA

SANDAKAN, 15 Julai– Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada7,502 nelayan di Sabah tahun ini, sebagai usaha dalam menjaga kebajikan golongan itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri berkenaan bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40, untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.

Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan demikian ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan.

Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta bagi projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah, bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.

Tahun ini, kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 sen seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu.

Di Sabah, 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.

Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....