Home Nasional KPDN Negeri Sembilan sita barangan tiruan RM300,000 di Bazar Aidilfitri
Nasional

KPDN Negeri Sembilan sita barangan tiruan RM300,000 di Bazar Aidilfitri

KPDN Negeri Sembilan sita barangan tiruan RM300,000 di Bazar Aidilfitri

66 orang penguat kuasa KPDN dilibatkan dari Ibu Pejabat Seremban, cawangan Port Dickson dan Kuala Pilah

SEREMBAN, 21 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah melaksanakan lapan kes sitaan bernilai RM300,000 menerusi Operasi Kita Gempur.

Operasi yang dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi penguatkuasaan lain itu diadakan berikutan adanya aduan daripda beberapa pemilik cap dagang mengenai wujudnya penjualan barangan tiruan cap dagang mereka di bazar Aidilfitri terbabit.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan Muhammad Zahir bin Mazlan berkata, sitaan tersebut melibatkan penjualan barangan tiruan seperti pakaian dan kasut berjenama terkenal.

\”Hari ini KPDN Negeri Sembilan bersama rakan-rakan agensi penguat kuasa lainseperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk juga Wakil Cap Dagangmelaksanakan Ops Kita Gempur 2025 Barang Tiruan.Hari ini KPDN menyerbu dan melaksanakan operasi Omnipresencedi Bazaar Aidilfitri Bandar Senawang.

\”Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini,ada beberapa jenama yang kita ambil tindakan untuk sitaanterutamanya berkaitan dengan Akta Cap Dagang 2019kerana menjual, mempamer barang-barang yang bukantertakluk bawah Akta Cap Dagang 2019,\” kata Muhammad Zahir.

Sempena Tahun Penguatkuasaan Kita Gempur KPDN 2025, beliau turut menasihatkan para peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan dan juga undang-undang agar tidak dikenakan kompaun atau denda mengikut akta yang berkaitan.

Operasi melibatkan 66 orang penguat kuasa KPDN dari Ibu Pejabat Seremban, cawangan Port Dickson dan Kuala Pilah itu telah diketuai oleh Ketua Unit Serbuan dan Taktikal KPDN, Pegawai Penguatkuasa Mohd Shahril Wazir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....