Home Nasional KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun
Nasional

KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun

KPDN N.Sembilan rekod rampasan diesel bernilai RM1.67 juta setakat Jun

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan

NILAI, 29 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merekodkan hasil rampasan melibatkan penyelewengan diesel berjumlah RM1.67 juta dari Januari hingga 10 Jun lepas.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata rampasan melalui Op Tiris itu membabitkan 790,409 liter diesel melalui hasil pemeriksaan di pelbagai lokasi di seluruh negeri.

\”Penjualan diesel di seluruh negara telah menurun kepada 25 peratus ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan melaksana penyasaran semula diesel adalah satu tindakan tepat kerana telah menghentikan hampir seuruh sendikit dan juga kartel diesel yang menjadikan Negeri Sembilan sebagai tapak operasi mereka,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Rahmah Madani sempena Negeri NS FEST 2024, di sini, pada Ahad.

Muhammad Zahir berkata pada program NS Fest 2024 itu, KPDN negeri turut membuka reruai Jualan Rahmah MADANI dengan lebih 40 barangan ditawarkan pada harga hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran membabitkan keperluan asas kering, kebersihan diri dan barangan penjagaan bayi.

Insiatif itu juga, katanya memberi peluang kepada peniaga mencorakkan budaya perniagaan masa depan yang lebih baik melalui Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) iaitu konsep perniagaan tanpa tunai dan khidmat nasihat penguasaan pasaran yang lebih luas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....