Home Nasional KPDN Melaka periksa 399 premis sepanjang Op Pantau 2025
Nasional

KPDN Melaka periksa 399 premis sepanjang Op Pantau 2025

KPDN Melaka periksa 399 premis sepanjang Op Pantau 2025

Rohaimi Mohamed Zawawi (dua kiri) meninjau Bazar Ramadan Taman Cempaka di Melaka semalam/RTM

MELAKA, 6 Mac-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah memeriksa 399 premis dalam tempoh empat hari bermula Ahad lalu hingga semalam menerusi pelaksanaan Ops Pantau 2025.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rohaimi Mohamed Zawawi berkata pemeriksaan melibatkan pasar raya, kedai runcit, pasar Ramadan serta premis lain bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan.

Jelas beliau, pemeriksaan tertumpu kepada alat timbang dan sukat, barang tiruan, barang keperluan, bekalan, harga, jualan murah serta pematuhan perbahasaan halal bagi memastikan kepentingan pengguna terus dilindungi.

\”Dalam pemeriksaan hari ini (semalam), semua tanda harga dipamerkan dengan jelas dan kelihatan baik. Pegawai penguat kuasa akan terus menjalankan pemeriksaan setiap hari di seluruh bazar Ramadan dan Aidilfitri di Melaka termasuk di cawangan Alor Gajah dan Jasin.

\”Seramai kira-kira 90 pegawai penguat kuasa serta pegawai pemantau harga ditugaskan untuk turun padang bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan,\” katanya.

Beliau ditemui RTM selepas meninjau Bazar Ramadan Taman Cempaka, Peringgit di sini pada Rabu.

KPDN melaksanakan Op Pantau 2025 bermula 2 Mac lepas sehingga Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara bagi memastikan pematuhan peniaga berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....