Home Nasional KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di Bayan Lepas
Nasional

KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di Bayan Lepas

KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di Bayan Lepas

FOTO KPDN Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 September- Cubaan seorang pemandu lori menyeleweng minyak diesel gagal, apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas, hari ini.

Ketika serbuan, lelaki terbabit sedang asyik mengisi cecair disyaki diesel ke dalam sebuah tong dram yang berada atas lorinya.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata menerusi Ops Tiris 3.0 itu, pihaknya menemukan enam unit tong dram.

Tiga unit darinya berisi 594 liter diesel bernilai RM1,888 manakala tiga unit lagi merupakan tong kosong.

Turut disita lori jenama Daihatsu dan dokumen resit belian minyak.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,308 termasuk rampasan diesel.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegas Jegan, ketika ini, KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri tersebut.

Ini bagi mengekang ketirisan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...