Home Nasional Koperasi Sarawak catat RM207.7 juta, perkukuh perniagaan & rangkaian strategik
Nasional

Koperasi Sarawak catat RM207.7 juta, perkukuh perniagaan & rangkaian strategik

Koperasi Sarawak catat RM207.7 juta, perkukuh perniagaan & rangkaian strategik

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Sehingga 30 Jun tahun lalu, sebanyak 1,203 koperasi di Sarawak dengan keanggotaan 318,167 orang telah mempunyai nilai perolehan sebanyak RM207.7 juta.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan berkata, ia turut melibatkan modal syer dan yuran sebanyak RM228.5 juta dan jumlah aset sebanyak RM679.8 juta.

\”Program pembangunan perniagaan bertujuan pengetahuan koperasi mengenai aspek pengurusan perniagaan yang terbaik di samping memperkukuh dan memperluaskan jaringan perniagaan sedia ada.

\”Koperasi juga ada kerjasama strategik bersama sektor awam dan pemain industri bagi mempelbagaikan lagi aktiviti perniagaan sedia ada,\” katanya.

Kerjasama Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad bersama gerakan koperasi di Sarawak melalui Program Taklimat Produk Dan Perkhidmatan dalam industri pelancongan turut dilaksana.

Ia bertujuan meningkatkan pembangunan dan kemampanan koperasi di Sarawak.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...