Home Nasional Konvoi Jelajah Ramadan 2025 RTM Sabah tiba di Lawas, sempurnakan majlis serah bendera
Nasional

Konvoi Jelajah Ramadan 2025 RTM Sabah tiba di Lawas, sempurnakan majlis serah bendera

Konvoi Jelajah Ramadan 2025 RTM Sabah tiba di Lawas, sempurnakan majlis serah bendera

Foto RTM Sabah

LAWAS, 1 Mac- Konvoi Jelajah Ramadan 2025 RTM Sabah tiba di Lawas, Sarawak bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Jelajah Ramadan 2025.

Majlis Penyerahan Bendera Jelajah Ramadan disempurnakan Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali kepada Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat di Hotel Seri Malaysia Lawas, Sarawak hari ini.

Dalam majlis sama, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada 30 anak yatim di daerah Lawas.

Pagi tadi, konvoi berkenaan mula bergerak ke Kampung Ulu Bukau, Beaufort bagi menyempurnakan program baik pulih dua rumah dan penyerahan sumbangan daripada SABAHVfm.

Konvoi sempat singgah di Masjid Sahabat, Merapok-Sindumin bagi menyalurkan sumbangan SABAHfm kepada 30 penerima terdiri daripada golongan orang kurang upaya, golongan asnaf dan ibu tunggal.

Konvoi Jelajah Ramadan Sarawak dijangka akan meneruskan perjalanan ke Miri pagi esok.

Sabah merupakan destinasi pelancaran Jelajah Ramadan 2025 Edisi ke-13 dan berakhir di Sungai Udang, Melaka.

Bertemakan \”Seiring Sejalan\” konvoi Skuad Jelajah Ramadan melibatkan 34 juruhebah dari stesen radio RTM yang akan menjelajah 13 negeri menggunakan 25 kenderaan konvoi.

Ia merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat RTM bagi menyemarakkan semangat Ramadan di seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....