Home Nasional Kompaun Maestra Broadcas Network System mengikut pindaan Akta 588
Nasional

Kompaun Maestra Broadcas Network System mengikut pindaan Akta 588

Kompaun Maestra Broadcas Network System mengikut pindaan Akta 588

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Kompaun RM250,000 dikenakan terhadap Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd adalah dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berpandukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang berkuat kuasa 11 Februari lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi ciapan di laman X berkata, pindaan Akta 588 itu antara lain memperuntukkan denda maksimum RM500,000.

\”Bukan Era FM (yang dikompaun), tapi Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd iaitu pemegang lesen (yang dikeluarkan oleh) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dikompaun.

\”MBNS bukan individu tapi sebuah anak syarikat milik Astro yang punyai keuntungan substantif,\” katanya.

Beliau membalas ciapan pengguna akaun laman X dikenali @Solisidtor yang inginkan kepastian mengapa pelawak Harith Iskander dan seorang wanita Cecelia Yap dikompaun RM10,000 gara-gara memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama walhal Era FM dikompaun RM250,000.

Fahmi menjelaskan kompaun RM10,000 dikenakan terhadap Harith dan Cecelia antara lain kerana kesalahan berlaku sebelum pindaan akta pada 11 Februari, iaitu denda maksimum RM50,000 jika disabit kesalahan.

Terdahulu, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd namun pengendali stesen radio Era FM itu dikenakan kompaun RM250,000.

Kompaun itu dikeluarkan selepas menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara, adalah bagi kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan dan berkuat kuasa mulai 11 Feb 2025) iaitu memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....