Home Nasional KKM saran PBT sedia nombor kecemasan di bazar Ramadan
Nasional

KKM saran PBT sedia nombor kecemasan di bazar Ramadan

KKM saran PBT sedia nombor kecemasan di bazar Ramadan

Dr Dzulkefly Ahmad beramah mesra bersama peniaga di bazar pada program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2025 di Tapak Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya hari ini/KKM

PUTRAJAYA, 3 Mac- Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan nombor kecemasan di bazar Ramadan susulan kes kematian seorang lelaki warga emas diBazar Ramadan Taman Seri Harapan dekat Baling, Kedah, semalam.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu bertujuan memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku sebarang insiden kesihatan.

Inisiatif itu akan memudahkan pengunjung dan peniaga mendapatkan bantuan segera terutama bagi warga emas atau individu berisiko tinggi.

\”Bazar Ramadan mungkin terletak hanya beberapa minit dari hospital, tetapi di sesetengah kawasan, jaraknya boleh menyebabkan kelewatan mendapatkan rawatan.

\”Buat masa ini, kita belum dapat mempertimbangkan penubuhan unit kecemasan khusus di bazar, namun apa yang penting adalah memastikan pasukan kecemasan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kejadian tidak diingini,\” katanyapada program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2025 di Tapak Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri ketika mengunjungi bazar Ramadan terutama dalam keadaan cuaca panas ketika ini.

Sementara itu,Dzulkefly memaklumkan bahawa KKMkomited menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan peningkatan kos premium insurans kesihatan.

Beliau menyatakan beberapa langkah agresif akan diambil dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

\”Kita akan menanganinya bukan dengan satu pendekatan sahaja. Diagnosis Related Group (DRG) bukanlah satu-satunya penyelesaian atau \’silver bullet\’ yang dapat menangani semua isu perubatan di Malaysia.

\”Sebaliknya, pendekatan pelbagai hala akan digunakan termasuk meneliti aspek berkaitan premium insurans kesihatan,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....