Home Nasional KKM laksana pelbagai inisiatif tambah jururawat, tampung khidmat kesihatan
Nasional

KKM laksana pelbagai inisiatif tambah jururawat, tampung khidmat kesihatan

KKM laksana pelbagai inisiatif tambah jururawat, tampung khidmat kesihatan

Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan jumlah jururawat untuk kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata perkara itu berdasarkan rekod kementerian bahawa seramai 582 jururawat telah meletak jawatan.

Bagi mengatasi permasalahan tersebut pengambilan jururawat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) masih diteruskan.

Selain itu meningkatkan pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan di Institut Latihan KKM daripada 1,000 kepada 2,000 dan penawaran kepada Jururawat Masyarakat ke Program Peningkatan Secara Lantikan (PSL) juga ditingkatkan daripada 800 kepada 1,000 orang
setahun.

\”Inisiatif lain telah diambil bagi menggalakkan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan dengan membuka peluang kepada lepasan graduan selain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), \’O\’ Level, \’A\’Level dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE),\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat yang ingin mengetahui berapa jumlah yang telah berhenti daripada KKMdan jumlah diperlukan di semua fasiliti kesihatan lama serta baru.

Bagaimanapun secara keseluruhan, pengisian jururawat di KKM mencapai 88 peratus berbanding 79,814 perjawatan jururawat di KKM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....