Tuesday , 4 February 2025
Home Nasional KHUP 3: Sasar 20,000 pengunjung
Nasional

KHUP 3: Sasar 20,000 pengunjung

KHUP 3: Sasar 20,000 pengunjung

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Disember-Seramai 20,000 pengunjung dijangka hadir pada Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 1446H/2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Januari ini.

Menurut Ketua Jabatan Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun, kesemua 37 syarikat yang diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) akan menyertai Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025 bagi mempromosi pakej-pakej haji untuk musim haji tahun hadapan.

\”Usaha untuk mempromosikan perkhidmatan pakej-pakej haji yang telah disediakan oleh 37 buah Syarikat Pelancongan yang dilesenkan oleh TH di bawah satu bumbung dan memudahkan bakal haji untuk membuat pilihan.

\”Keduanya, memberi penekanan daripada segi mendidik masyarakat serta memberi penerangan lebih lanjut kepada orang ramai mengenai tawaran yang disediakan oleh PJH\”, katanya demikian dalam sidang akhbar Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2025 di ibu negara.

Jelasnya, tujuan utama karnival itu adalah untuk memberi pilihankepada bakal-bakal haji terpilih menunaikan haji sama ada bersama muassasah atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh PJH.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin menunaikan fardu haji supaya memilih syarikat yang berdaftar di bawah TH bagi mengelakkan kes penipuan.

Sementara itu, Hisham menegaskan Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada tahun ini tidak dibenarkan untuk mempromosi
visa Mujamalah atau Furada dalam pakej haji mereka bagi musim haji akan datang.

ini susulan banyak kes penipuan membabitkan visa berkenaan kerana tiada ketentuan dalam mendapatkan visa tersebut.

\” PJH tidak dibenarkan untuk membuat promosi berkaitan dgn visa Mujamalah. Ini kerana tidak ada ketentuan dalam mendapatkan visa tersebut cuma yang ada adalah visa yang diberikan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kepada negara Malaysia iatu 31600.

\”Tetapi visa Mujamalah atau visa Furada ini tidak ada kepastian berapakah jumlah yang akan diberikan dan siapakah yang dapat\”, katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang promosi yang ditawarkan serta membuat laporan kepada TH sekiranya terdapat iklan yang menggunakan visa berkenaan dikesan.

Related Articles

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia
Nasional

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera,...

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 4 Februari- Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan...

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102
Nasional

Banjir: Sarawak menurun 9,034 orang, Sabah kekal 102

FOTO APM SARAWAKKUALA LUMPUR, 4 Februari- Sarawak merekodkan penurunan penduduk terjejas banjir...

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar
Nasional

Generasi muda adalah ejen perubahan dalam menjaga alam sekitar

Program pendidikan murid-murid mengenai pentingnya menjaga kelestarian alam sekitar di SK Seberang...