Home Nasional Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal
Nasional

Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal

Ketua Polis KL arah Nur Shafila untuk bersemuka secara fizikal

Datuk Rusdi Md Isa

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Pengasuh taska Nur Shafila Suaib, 20, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lepas ada menghubungi keluarganya namun masih belum pulang ke rumah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Md Isa berkata, ketika ini keberadaan Nur Shafila masih dalam siasatan dan kes itu boleh diklasifikasikan sebagai selesai selepas polis menjumpainya secara fizikal.

\”Saya percaya ada sedikit perselisihan faham antara wanita itu dengan ahli keluarganya dan keluarganya mengesahkan bahawa dia (Nur Shafila) ada menghubungi keluarganya namun arahan saya adalah perlu berjumpa secara bersemuka.

\”…dengan menghubungi sahaja tidak cukup, sebab orang lain juga boleh menghubungi dan menyamar sebagai wanita terbabit. Kita perlu berjumpa secara bersemuka dan pastikan dia selamat serta sihat,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.

Terdahulu, majlis serah terima tugas itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din dilantik sebagai pemangku ketua polis daerah berkenaan menggantikan Senior Asisten Komisioner (SAC) Noor Dellhan Yahaya.

Noor Dellhan kini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....