Home Nasional Kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM, tindakan diambil selepas laporan lengkap
Nasional

Kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM, tindakan diambil selepas laporan lengkap

Kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM, tindakan diambil selepas laporan lengkap

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

SEPANG, 24 April – Tindakan sewajarnya akan diambil berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan hari ini selepas laporan lengkap diperoleh.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Dr Aminuddin Hassim telah diarahkan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai insiden berkenaan.

Beliau turut menegaskan reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan ketelitian dan lebih berhati-hati dan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).

\”Saya rasa isunya ialah, apabila reka bendera sendiri, kita perlu reka betul-betul. Kita mesti fahami semangat di sebalik bendera itu sendiri. Kita mestilah berhati-hati, apa sahaja yang kita mahu hasilkan, terutamanya untuk liputan media, perlu semak betul-betul,\” kata Shamsul Azri kepada pemberita selepas Sesi Meja Bulat Bersama KSN Berhubung Agenda Nasional Tadbir Urus Baik, di sini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai.

Terdahulu, KPM dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM yang diedarkan hari ini.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada layanan dua darjat dalam isu membabitkan insiden paparan bendera tidak lengkap dan siasatan akan dijalankan terhadap pihak terlibat.

Anwar juga menegaskan bahan penerbitan berkaitan simbol negara tidak boleh bergantung kepada AI dan perlu melalui pemeriksaan teliti.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....