Home Nasional Kes seludup diesel di Sibu: KPDN sedia beri kerjasama
Nasional

Kes seludup diesel di Sibu: KPDN sedia beri kerjasama

Kes seludup diesel di Sibu: KPDN sedia beri kerjasama

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali (tengah) /Foto RTM

MIRI, 26 Ogos-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes tangkapan lima individu disyaki terbabit sindiket penyeludupan 1.6 juta liter minyak diesel di Sibu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan isu penyeludupan dan ketirisan barang bersubsidi.

\”Kita di KPDN akan memberi Kerjasama yang rapat kepada SPRM untuk memastikan siasatan terperinci dapat dibuat untuk menentukan bahawa kes ini akan berakhir dengan pendakwaan di Mahkamah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu penyeludupan ini dan siasatan itu akan melibatkan semua rantaian ,sama ada penyeludupnya ,sumber bekalan bahan api itu , sama ada terlibat stesen-stesen minyak ataupun mana-mana pihak yang disyaki bersubahat dengan memberikan perlindungan kepada sindiket ini.

\”Seperti kita tahu sindiket ini telah pun dipercayai berlarutan sejak lebih sepuluh tahun yang lalu\”, katanya dalam sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi dan Orang Awam Bagi Membanteras Ketirisan Barang Kawalan Bersubsidi di sini.

Semalam (Ahad), SPRM menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an disyaki terbabit penyeludupan minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan serta membayar rasuah kepada penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.

Serbuan oleh SPRM dan KPDN di sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu turut menyita dua tongkang, serta 30 tangki minyak membabitkan 1.6 juta liter diesel serta wang tunai RM3.7 juta.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....