Home Nasional Kerjasama NAIO-GAIV bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi
Nasional

Kerjasama NAIO-GAIV bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi

Kerjasama NAIO-GAIV  bakal wujudkan lebih 450 peluang kerja AI kemahiran tinggi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Februari-Lebih 450 peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi bakal diwujudkan menerusi kerjasama Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).

Menteri DigitalGobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

“Inisiatif ini bukan semata-mata mengenai membawa masuk bakat global, tetapi juga untuk membangunkan bakat tempatan dan memastikan rakyat Malaysia terkehadapan dalam inovasi AI.

\”Kita mahu membina generasi peneraju AI yang mampu bersaing di persada antarabangsa,” katanya berucap pada majlis pelancaran Makmal NAIO di sini hari ini.

Pelancaran makmal itu menandakan langkah penting kepada Malaysia dalam merintis usaha masa depan memandangkan penyelesaikan berasaskan AI bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi tetapi juga kemajuan sosial.

Makmal NAIO akan menjadi peneraju dalam pembangunan aplikasi AI yang berpaksikan rakyat dalam sektor utama seperti pertanian, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.

Gobind berkata makmal itu merupakan elemen utama dalam visi Malaysia untuk menjadi hab AI global dengan pembangun AI dapat bekerjasama, menjalankan eksperimen, dan berinovasi untuk menghasilkan manfaat kepada negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....