Home Nasional Kerajaan teliti cadangan pinda undang-undang digital
Nasional

Kerajaan teliti cadangan pinda undang-undang digital

Kerajaan teliti cadangan pinda undang-undang digital

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 4 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi atau telco sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

\”BNM sedang koordinasi, telco sudah dimaklumkan (mengenai) cadangan untuk pinda kuasa digital bagi mengawal media sosial kerana melalui media sosial, ada penipuan kewangan dan lain-lain.

\”Jadi, hal ini sedang diperhatikan. Tetapi, kebimbangan kita ada reaksi (yang) nampak seperti (cadangan pindaan) undang-undang itu terlalu ketat. Namun, kita perlu melihat perkara itu,\” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menjadi moderator dalam Forum Ilmuwan Malaysia MADANI KPT Siri 4: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman, di sini malam ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli yang merupakan antara panel forum itu meminta supaya telco menjadi antara pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah scam dalam talian dan bukan di pihak bank semata-mata, seperti yang dilaksanakan di Singapura.

\”Apabila anda melihat penipuan dalam talian, dari segi rantaian nilai, ia bukan hanya melibatkan bank. Sebelum mereka (pelanggan) ingin berurusan dengan bank, mereka membeli telefon dan talian telefon. Semua transaksi ini melalui talian telefon, (jadi) telco juga perlu mengambil tanggungjawab.

\”Di Singapura contohnya, mereka mengawal selia dan pihak berkuasa turut melibatkan telco sebagai pihak yang bertanggungjawab kerana apabila anda melihat pada telefon, anda sudah tahu siapa pemilik berdaftar.

\”Kalau ada apa-apa keraguan, kita boleh dapat maklumat terus daripada telco untuk mengetahui siapa pemiliknya… malangnya, kita tidak mendapat bantuan ini. Saya ingin memohon sekali lagi dan juga kepada BNM, supaya telco turut menjadi sebahagian daripada usaha ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai jenayah penipuan dalam talian yang semakin serius di Malaysia memandangkan mangsa kebanyakannya rakyat biasa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion.

Turut menjadi panel dalam program berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan yang juga Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia Wong Kah Meng.

Hadir sama ke forum itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam sidang media hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata lebih RM3.1 bilion kerugian direkodkan sepanjang tahun lepas akibat kes jenayah komersial.

Daripada jumlah itu, beliau berkata sebanyak 35,368 kes penipuan dalam talian dengan kerugian mencecah RM1.57 bilion turut dicatatkan pada 2024.- BERNAMA

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...