Home Nasional Kerajaan sedia hadapi cuaca panas, kering- Nik Nazmi
Nasional

Kerajaan sedia hadapi cuaca panas, kering- Nik Nazmi

Kerajaan sedia hadapi cuaca panas, kering- Nik Nazmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi situasi cuaca panas dan kering, terutamanya dengan kedatangan Monsun Barat Daya, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, monsun berkenaan dijangka membawa cuaca panas dan kering dari Mei hingga September tahun ini.

Semua pihak berkuasa perlu melaksanakan pemantauan berterusan mengikut bidang kuasa masing-masing dan bersedia mengambil tindakan selaras dengan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Ini bagi mengekang pembakaran terbuka, jerebu, dan kebakaran berulang.

\”Menurut statistik Jabatan Alam Sekitar (JAS), lebih 1,000 aduan pembakaran terbuka diterima antara Januari hingga Februari 2025.

\”Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa perlu memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tanah gambut dan jentera berkaitan bagi membolehkan sebarang insiden kebakaran dipadamkan dengan segera.

\”Kerajaan negeri turut diseru untuk membangunkan infrastruktur tanah gambut di kawasan berisiko terbakar, selaras dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa ini,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, selaras dengan Kepengerusian ASEAN 2025, Kerajaan akan meneroka peluang mengetengahkan beberapa strategi dalam menambah baik pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) Bil. 1 diadakan bagi meneliti keadaan cuaca semasa dan akan datang, melaporkan status kualiti udara dan kejadian pembakaran terbuka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....