Home Nasional Kerajaan Kedah digesa bantu pengusaha sarang burung walit
Nasional

Kerajaan Kedah digesa bantu pengusaha sarang burung walit

Kerajaan Kedah digesa bantu pengusaha sarang burung walit

Pengerusi Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah, Datuk Mohd Yusof Ismail (kiri) dan Exco Pertanian dan Perladangan negeri, Dzowahir Ab Ghani (kanan)

ALOR SETAR, 19 Mac – Kerajaan Negeri Kedah digesa untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu pengusaha sarang burung walit tempatan mengeksport produk mereka terus ke luar negara tanpa melalui orang tengah.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, kebanyakan pengusaha di negeri itu masih beroperasi secara persendirian tanpa bantuan serta khidmat nasihat yang sistematik daripada kerajaan.

“Kita dalam kalangan Bumiputera ini tidak mempunyai modal besar untuk menghasilkan produk akhir. Oleh itu, kami berharap kerajaan negeri melalui agensinya dapat membantu dalam proses pengeluaran produk akhir yang lebih berkualiti.

\”Sarang burung ini tidak memerlukan proses yang sukar kerana ia sudah berkualiti sejak awal dan hanya perlu dicuci sebelum boleh dimakan. Khasiatnya juga telah terbukti baik untuk kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Persatuan Pengusaha Sarang Burung Walit Kedah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Kedah, Dzowahir Ab Ghani di Bukit Pinang semalam.

Menurutnya, keterlibatan kerajaan negeri dalam industri ini penting bagi memastikan sektor tersebut terus berdaya saing di peringkat global, terutamanya bagi memenuhi permintaan tinggi dari negara pengimport utama seperti China, Taiwan dan Singapura.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Perladangan negeri, Dzowahir Ab Ghani menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberikan komitmen penuh dalam membantu pengusaha burung walit bagi meningkatkan produktiviti mereka.

“Kerajaan negeri komited untuk menyokong pengusaha tempatan agar dapat mengembangkan industri ini secara lebih mampan dan kompetitif,” katanya.

Setakat ini, seramai 106 pengusaha sarang burung walit di Kedah telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....