Home Nasional Kerajaan fokus selesaikan isu pembangunan Labuan
Nasional

Kerajaan fokus selesaikan isu pembangunan Labuan

Kerajaan fokus selesaikan isu pembangunan Labuan

Pemandangan Labuan

LABUAN, 9 September- Kerajaan sedang menangani pelbagai isu pembangunan yang membelenggu Labuan bagi memastikan kesejahteraan penduduk dan menarik pelabur asing ke pulau itu, menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

\”Kita tahu antara isu yang membelenggu Labuan ialah infrastruktur, terutamanya air dan elektrik. Ini sudah kita tangani, kerajaan telah menyalurkan dana RM300 juta untuk penggantian fasa pertama paip air yang usang di Labuan.

\”Petronas juga sedang membina janakuasa untuk memastikan tiada gangguan bekalan elektrik. Apabila semua infrastruktur penting ini siap, kita boleh mulakan semula rancangan induk pembangunan pulau Labuan,\” katanya.

Tambah beliau kos keseluruhan projek penggantian paip usang yang diluluskan kerajaan melibatkan hampir RM1 bilion.

Selain itu pembinaan projek janakuasa elektrik baharu oleh Petronas dijangka akan memastikan tiada gangguan bekalan elektrik kepada pengguna menjelang 2027.

Datuk Azman Abidin yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan pada program Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan di Menara Perbadanan Labuan di sini hari ini.

Lebih 100 asnaf dari 27 buah kampung menerima bantuan berupa wang tunai.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....