Home Nasional Kerajaan dalam usaha bawa pulang pelajar, rakyat Malaysia
Nasional

Kerajaan dalam usaha bawa pulang pelajar, rakyat Malaysia

Kerajaan dalam usaha bawa pulang pelajar, rakyat Malaysia

Datuk Seri Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 22 Julai- Kerajaan dijadual bawa pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar dari Bangladesh pada esok demi menjaga keselamatan mereka daripada terpalit dengan rusuhan di negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Wisma Putra dalam perancangan rapi melibatkan beberapa buah agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan syarikat penerbangan menerusi pesawat khas Air Asia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memberikan kelulusan untuk melaksanakan proses evakuasi dengan segera.

\”…penilaian yang kita buat ketika ini kita telah mencapai kata putus bahawa pelan evakuasi akan kami gerakkan untuk membawa balik pelajar-pelajar kita yang berada di Bangladesh

\”…dan juga warga Malaysia yang bekerja di sana dan juga kaum keluarga petugas-petugas kita di kedutaan Malaysia di Dhaka,\” kata Mohamad Hasan.

Penerbangan khas akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada pukul 10.00 pagi esok.

Bagaimanapun beliau turut memaklumkan bu bapa tidak perlu bimbang kerana pelajar Malaysia di Bangladesh berada dalam keadaan selamat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....