Home Nasional Kerajaan berhasrat kurangkan pinjaman tahunan negara kepada RM86 bilion tahun ini
Nasional

Kerajaan berhasrat kurangkan pinjaman tahunan negara kepada RM86 bilion tahun ini

Kerajaan berhasrat kurangkan pinjaman tahunan negara kepada RM86 bilion tahun ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai– Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan pinjaman tahunan negara sebanyak RM86 bilion pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu berbanding RM93 bilion pada tahun lalu dan RM100 bilion pada 2022.

\”Pinjaman hanya dibuat jika benar-benar perlu untuk tujuan pembangunan. Pastinya tumpuan ketika ini untuk melunaskan tunggakan.

\”Usaha lain termasuklah menangani rasuahdan (menjalankan) cara yang lebih cekap untuk menguatkuasakan undang-undang dan usaha percukaian\”, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Pelancaran Persidangan CukaiKebangsaan 2024 di ibu negara.

Ke arah itu kerajaan turut melaksanakan rasionalisasi subsidi, selain perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu Lembaga Hasil Dalam Negeri pastikan tiada golongan yang terlepas membayar cukai.

Beliau berkataterdapat sesetengah pihak enggan membayar cukai mengikut masa yang ditetapkan atau tidak membayar cukai sepenuhnya.

\”Mesti ada usaha yang lebih tegas, pastikan di kalangan yang wajib bayar, harus bayar dan tidak ada kebocoran\”, katanyadalam ucapannya di Persidangan Cukai Kebangsaan 2024.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....