Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Kerajaan akan perkenal undang-undang lebih tegas tangani isu buli siber – PM
Nasional

Kerajaan akan perkenal undang-undang lebih tegas tangani isu buli siber – PM

Kerajaan akan perkenal undang-undang lebih tegas tangani isu buli siber – PM

Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea/Foto PMO

BUKIT MERTAJAM, 2 November – Kerajaan akan memperkenal undang-undang lebih tegas bagi menangani isu buli siber yang dilihat semakin membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata rang undang-undang berkaitan perkara itu dijangka dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

“Kita akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas… dan saya ada minta badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur,” katanya pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Anwar berkata meskipun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara namun isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental sehingga berupaya mengancam keselamatan serta nyawa seseorang dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengatasinya.

“Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang… meskipun Malaysia memperjuang kebebasan dan keadilan, negara ini tidak akan sesekali membiarkan sebarang bentuk penindasan, penghinaan serta penderaan berlaku,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...